Pembunuhan Paling Dahsyat

Daripada Sauban RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik, semuanya putera kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka membunuh kamu dengan satu pembunuhan yang paling dahsyat yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun. Apabila kamu semua melihatnya, hendaklah bersegera membaiatnya walaupun terpaksa merangkak di atas salji, kerana padanya ada Khalifah Allah, Al-Mahdi.”(Ibnu Majah)

Hadis-hadis yang banyak bertebaran yang hampir semuanya telah diakui sebagai sahih, menunjukkan dengan jelas bahawa cerita-cerita mengenai Imam Mahdi itu mempunyai asas yang kukuh dalam agama kita, bukan sekadar diada-adakan atau berita yang muncul kemudian, beratus-ratus tahun selepas kewafatan Nabi SAW. Ini kerana, Rasulullah SAW sendiri turut menyebutkan mengenainya, antaranya seperti yang dinyatakan di atas.

Ada banyak lagi hadis yang menurut beberapa ustadz dan kyai yang sanadnya sahih tetapi disini kami hanya membahas, cukuplah sekadar yang ada ini untuk perhatian kita bersama. bahwa menjelang hari kiamat nanti akan ada pembunuhan - pembunuhan dahsyat dan boleh dibilang paling dahsyat yang akan terjadi dibumi ini. yang dilakukan oleh panji-panji hitam dari sebelah timur dan pembunuhan itu tidak pernah dilakukan oleh kaum manapun juga sebelumnya.

Kita tentunya sudah pernah mendengar dan atau melihat berbagai macam pembunuhan , baik senjata tajam , senjata api , racun dan lain sebagainya. lantas bagaimanakah pembunuhan yang akan dilakukan oleh panji-panji dari sebelah timur ...? karena pembunuhan itu tidak pernah dilakukan oleh umat manapun sebelumnya.

Yach....... hidup penuh misteri , entah senjata apa yang akan digunakan oleh panji-panji sebelah timur ini yang pasti sangat dahsyat sekali, semoga kita tidak menemuinya.

Wallahu A'lam

0 komentar:

Post a Comment